Sampai sahaja di Langkawi, kami terus mengambil teksi ke
Hotel Bahagia yang telah dibooking secara online. Hotel ini terletak di pinggir Pekan Kuah. Hotel bajet ini sesuai la untuk merebahkan badan... bukan nak lama pun duduk dalam bilik kan???? Nak solat dalam bilik terpaksa lah solat atas katil...namun begitu,
ceritAku bernasib baik kerana surau hanya beberapa langkah dari bilik. Malam itu kami tidur awal kerana esoknya banyak perancangan yang perlu direalisasikan. Oh ye, jka anda kaki tangan kerajaan, jangan malu-malu memberitahu mereka kerana ada harga istimewa untuk kita... beritahu masa booking la...kol dulu...
Pagi-pagi lagi kami pun bersarapan... sebelum sampai ke Langkawi aku membuat temujanji dengan Hanafi untuk menyewa keretanya sepanjang kami berada di sana. Alhamdulillah, pagi itu seperti yang dijanjikan, mereka menyediakan kereta untuk kami. Kami mengambil sebuah wira... mudah bekerja dengan mereka. Mudah juga nak kawtim (hihihi).... jika anda bercita-cita ke sini dan memerlukan kereta jangan segan2 kol depa...depa akan melayan dengan baik, bila orang dah layan kita dengan baik...jagalah kereta mereka dengan baik...kan...kan... ni nombor dia...Hanafi
0134353413. ( ceritAku dah minta izin untuk letak no dia tawwwww). Hihihi..anak bongsu aku sibuk nak bawa kereta ni balik Kuala Lumpur...suka-suka dia je. Jadual hari pertama... mestilah ke Dataran Helang... mercu tanda Pulau Langkawi.
 |
Helang oh helang |
 |
Dengan si bongsu..panas sungguh hari ini |
Selepas itu....ermmmm naik cable car la...huhuhu...sumpah aku gayat!!! tetapi disebabkan anak2, aku layan je...walaupun dalam hati menyesal tak sudah kenapa la aku naik...kenapa...kenapa... nak patah balik dah tak boleh... apapun... di sini yang pentingnya ada ...mykad or mykid...jika ada mykad...anda hanya perlu membayar RM15/pax (adult), ada mykid (surat beranak pun ok) anak2 anda hanya dikenakan RM10 sahaja... jika tiada...berasaplah kita jadi pelancong...dewasa RM30 dan kanak2 RM20.... Namun begitu, jika anda nak cepat sangat..ada juga untuk Fast lane dengan bayaran RM50/pax.. jom layannnnn
 |
Beratur beli tiket...pukul 1 baru boleh naik |
 |
Lagi 15 minit untuk naik cable car |
Tiada gambar lain ye...sebab ceritAku begitu gayat...tidak terakam gambar dah...hahaha... Percaya tak.. menggeletar lutut ni bila turun kat base 1, rasa nak patah balik...tak nak dah naik lagi...tapi tak boleh...kehidupan perlu diteruskan...hahaha...Bismillah...
Selepas itu, badan pun dah lemau...kami balik ke hotel...solat dan rebahkan badan. Malam ini agendanya untuk berjalan-jalan di pasar malam Pekan Kuah.
 |
Sempat lagiiiiii |
 |
Lebih kurang down town la.. |
Penat dah....P.E.N.A.T.... kita sambung lagi dalam N3 lain... untuk cerita Under Water World dan Makam Mahsuri...dan beli coklat...beli COKLAT...jumpa lagi
Jauh perjalanan...luas pandangan....bertambah pengalaman....KL~LANGKAWI (flight+feri+keretapi) Part 3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan